baru-baru ni ada terbaca komen-komen
yang dilontarkan pada 1 post. post ini memohon 1 pandangan mengenai "What is your preferred method of personal communication?".
di situ ada diberi 1 link dan link ini ada memberi pilihan jawapan :
- phone call
- sms
- email
- other
lebih 33% pengundi memilih emel
sebagai 1 metode untuk komunikasi peribadi, 30% memilih panggilan telefon, 30%
memilih sms dan selebihnya yang lain-lain.
isu yang ingin dibangkitkan di sini bukanlah implikasi pemilihan jawapan terhadap mana-mana individu
atau pihak mahupan mana-mana badan persendirian. tetapi gaya pemikiran masyarakat yang kurang menyenangkan.
setelah diteliti satu persatu setiap
komen yang diberi, jelas menunjukkan pandangan masyarakat yang masih kurang matang. atau boleh dikatakan tidak
cukup ranumnya.
bahasa-bahasa yang kurang molek
didengar, panggilan-panggilan yang kurang ajar, dan apa yang
paling menyedihkan adalah ada segelintir individu yang mengherdik atau dalam
bahasa kasarnya memaki, seorang pemimpin.
pandangan persendirian saya
merasakan adalah tidak patut untuk membahasakan para pemimpin dengan bahasa yang
sedemikian. sebagai yang dipimpin, kita
perlu menunjukkan rasa hormat terhadap pemimpin, walaupun kadang-kadang pada pandangan kita apa yang dibuat
oleh pemimpin itu, salah.
disinilah tugas kita sebagai yang dipimpin
untuk memberikan pandangan masing-masing supaya yang salah boleh diperbetulkan
[sekiranya salah], dan yang betul boleh dipertingkatkan. win and win situation
tetapi pemikiran masyarakat yang sempit
MENYEMPITKAN lagi keadaan. pelbagai saluran
telah disediakan oleh para pemimpin untuk "pandangan-pandangan"
mereka yang merasakan dirinya sahaja yang betul. TETAPI dimana letaknya inisiatif mereka untuk mencari & menyalurkan
"idea-idea" yang mereka agung-agungkan.
bak kata seorang
"pujangga", "the hardest thing to do is to educate
people to think..."
.
.
.
.
.
.
.
.
....................................tepuk akal tanya minda.....................................
