Wednesday, September 29, 2010

dunia oh dunia

baru-baru ni ada terbaca komen-komen yang dilontarkan pada 1 post. post ini memohon 1 pandangan mengenai "What is your preferred method of personal communication?". di situ ada diberi 1 link dan link ini ada memberi pilihan jawapan :
  1. phone call
  2. sms
  3. email
  4. other
lebih 33% pengundi memilih emel sebagai 1 metode untuk komunikasi peribadi, 30% memilih panggilan telefon, 30% memilih sms dan selebihnya yang lain-lain.
isu yang ingin dibangkitkan di sini bukanlah implikasi pemilihan jawapan terhadap mana-mana individu atau pihak mahupan mana-mana badan persendirian. tetapi gaya pemikiran masyarakat yang kurang menyenangkan.
setelah diteliti satu persatu setiap komen yang diberi, jelas menunjukkan pandangan masyarakat yang masih kurang matang. atau boleh dikatakan tidak cukup ranumnya. 
bahasa-bahasa yang kurang molek didengar, panggilan-panggilan yang kurang ajar, dan apa yang paling menyedihkan adalah ada segelintir individu yang mengherdik atau dalam bahasa kasarnya memaki, seorang pemimpin.
pandangan persendirian saya merasakan adalah tidak patut untuk membahasakan para pemimpin dengan bahasa yang sedemikian. sebagai yang dipimpin, kita perlu menunjukkan rasa hormat terhadap pemimpin, walaupun kadang-kadang pada pandangan kita apa yang dibuat oleh pemimpin itu, salah.
disinilah tugas kita sebagai yang dipimpin untuk memberikan pandangan masing-masing supaya yang salah boleh diperbetulkan [sekiranya salah], dan yang betul boleh dipertingkatkan. win and win situation
tetapi pemikiran masyarakat yang sempit MENYEMPITKAN lagi keadaan. pelbagai saluran telah disediakan oleh para pemimpin untuk "pandangan-pandangan" mereka yang merasakan dirinya sahaja yang betul. TETAPI dimana letaknya inisiatif mereka untuk mencari & menyalurkan "idea-idea" yang mereka agung-agungkan.
bak kata seorang "pujangga", "the hardest thing to do is to educate people to think..."
.
.
.
.
.
.
.
.
....................................tepuk akal tanya minda.....................................
:)sazzieyuyu